OPTION TIME..

Hari ini ada taklimat opsyen pencen. Semua pensyarah (dan staf2 lain) kena pilihlah nak kekal pada umur persaraan 56 @ nak sambung sampai 58.

Bagi aku, keputusannya adalah amat terang lagi bersuluh. Bak kata kwn2 yang lain kalau adalah opsyen 45 @ 50, pasti aku akan pilih yang terendah yang ada. Bukan malas nak kerja..kerja tetap kerja. Sampai mati pun aku akan tetap bekerja, cuma jumlah shj yang akan membezakannya. Kualiti kerja sepatutnya bertambah baik sesuai dgn pertambahan tempoh bekerja ( Sepatutnyalah...)

Aku pilih nak bersara pada umur 56, supaya aku bebas membuat perancangan masa depan aku dan keluarga tanpa terikat dgn pekerjaan rasmi. Lagipun, simpanan yg datang bersekali dgn pencen bulanan pasti memudahkan perancangan tersebut.

Pencen bagiku tak kiralah brp pun umurnya bukan bermakna pencen bekerja...tu takde pun dalam kamus istilah kehidupan ku.

0 comments:

Archives